Tuesday, July 20, 2010

Tugasan memberi komen mengenai artikel BH

Murid-murid primari 6,
Berdasarkan artikel yang telah dibaca di akhbar Berita Harian yang bertajuk Bahasa Kian Pupus Di Alam Siber dan yang bertarikh 20 Julai 2010, pilih dan jawab satu diantara dua soalan di bawah ini.

(1) Pada pendapat awak, mengapakah kian banyak lelaman di Internet kini dihasilkan dalam bahasa Inggeris?

(2) Pada pandangan awak, apakah perkara buruk yang boleh berlaku jika tidak lagi terdapat apa-apa lelaman Melayu di Internet?


Selamat menjalani tugasan ini !

Salam Sayang,
Cikgu Siti

Tuesday, July 6, 2010

Tugasan E-Learning Primari 4 (Bahagian 2)





Murid-murid primari 4,
Berikut ialah bahagian 2 tugasan E-Learning kamu. Sila tonton video ini dan cuba fikirkan pengajaran yang ingin disampaikan melalui video ini. Kemudian, jawab secara ringkas soalan-soalan berikut dengan menaipkan di bahagian 'Post A Comment' di sebelah bawah entri ini.

1) Apakah 2 perkara yang menarik mengenai video ini?
2) Apakah 1 perkara yang kamu pelajari dalam video ini?

Semoga kamu meraih manfaat dari tontonan video ini. :)



Salam Manis,
Cikgu Siti
Selasa, 14 Julai 2010

Tugasan E-Learning Primari 4




Hi murid-murid primari 4,

Selamat datang ke lelaman blog ini di mana kamu akan membuat tugasan E-learning tidak lama lagi.

Sila lihat karangan gambar bersiri di atas ini (kamu boleh klick di gambar karangan untuk membesarkan gambarnya). Baca dan fahamkan arahan yang terdapat di tugasan karangan ini. Kamu haruslah menggunakan DIALOG sebagai ayat pertama untuk tugasan karangan ini. Selain itu, kamu dikehendaki menaipkan karangan ini dengan menggunakan Font 14 Arial dan mencetaknya (print)selepas itu. Bagi sesiapa yang tidak dapat mencetak karangan ini, boleh sahaja menulisnya di kertas foolscap.

Sila hantar tugasan karangan ini ke guru kamu sebaik sahaja kamu kembali ke sekolah.


Selamat menjalankan tugas ! :)


Salam sayang,
Cikgu Siti
Selasa, 14 Julai 2010

Tuesday, April 13, 2010

Tugasan E-Learning Primari 5 (hari kedua)

Hi murid-murid primari 5,
Selamat datang sekali lagi ke blog ini untuk tugasan E-learning kamu untuk hari kedua ini. Untuk tugasan kali ini, sila pilih dua artikel dari akhbar Berita Harian yang kamu rasa menarik. Untuk setiap artikel, tulis komen dengan menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan 1 :
Apakah 1 perkara menarik mengenai artikel ini?

Soalan 2 :
Apakah 2 perkara yang kamu pelajari dari artikel ini?

Soalan 3 :
Apakah 1 perkara yang akan kamu contohi?


Kamu boleh gunting artikel itu dan tampal di kertas foolscap. Tulis juga komen kamu itu di kertas foolscap yang sama. Komen janganlah terlalu pendek ya.

Selamat menjalankan tugas ini !


Salam manis,
Cikgu Siti
Rabu, 14 April 2010

Monday, April 12, 2010

Tugasan E-Learning Primari 5




Hi murid-murid primari 5,

Selamat datang ke lelaman blog ini di mana kamu akan membuat tugasan E-learning tidak lama lagi.

Berdasarkan gambar bersiri ini, tulis karangan tidak kurang dari 120 patah perkataan dengan dimulakan oleh DIALOG. Kamu dikehendaki taip dengan menggunakan Font 14 Arial dan cetak (print)karangan kamu itu. Bagi yang tidak mempunyai komputer, bolehlah sahaja kamu menulis karangan kamu itu di kertas foolscap. Kamu boleh klik gambar bersiri ini untuk 'membesarkannya' (enlarge).

Sila hantar tugasan karangan ini ke guru kamu sebaik sahaja kamu kembali ke sekolah.

Tugasan E-learning untuk esok akan dinaik muatkan tidak lama lagi. Sementara menanti, rajin-rajinlah membaca akhbar Berita Harian dalam masa 2 hari ini. :)

Selamat menjalankan tugas ! :)


Salam sayang,
Cikgu Siti
Selasa, 13 April 2010

Thursday, March 11, 2010

Artikel Berita Harian

Hi murid-murid primari 6 !

Lanjutan kepada dua artikel Berita Harian yang telah kamu baca di dalam kelas tadi, sila berikan rumusan dan pendapat kamu tentang bagaimana dua orang pelajar itu telah dapat meraih kejayaan dalam peperiksaan peringkat 'A' mereka masing-masing.

Soalan 1) Apa jenis usaha dan persiapan yang telah dilakukan?

Soalan 2) Apa jenis azam yang ditanam dalam diri mereka masing-masing?


Selamat menjalankan tugasan ini di masa cuti sekolah ini !! :)


Salam Sayang,
Cikgu Siti

Saturday, March 6, 2010

Lagu 'Selamat Hari Raya'

Hi murid-murid primari 3 dan 4 !

Sila tonton dan dengar video ini untuk mempelajari bagaimana lagu 'Selamat Hari Raya' dinyanyikan. Kita akan menyanyikan lagu ini semasa perkemahan 'Mother Tongue' pada tarikh 15 Mac nanti. Awak semua akan membimbing rakan-rakan lain yang bukan berbangsa Melayu untuk menyanyi lagu ini ya !

Selamat Menyanyi ! :)